Hallo peminat. First blog entry of my life. Mulu. Aku dulu tak pernah tau Mulu ni apa and dekat mana. Aku mula terjumpa pasal Mulu ni bila aku dah terbeli tiket ke Miri. Bila aku google Miri, mesti Mulu jadi one of attractions yang google tolong list dekat aku. So why not aku try explore Mulu, kan?
Aku dah la beli tiket Kuala Lumpur - Miri return je, nasib baik ada slot nak beli tiket untuk ke Mulu. So aku riki-riki MASwings dapat la murah return flight dalam RM60. Lepas tu baru dah agak-agak tau nak buat apa di Mulu nanti. Di Miri memang tak buat apa-apa, just massage dekat salah satu kedai massage yang rata-rata masseur dia orang China yang tak reti cakap bahasa Melayu. Sodeh.
*Panjang ke intro aku?
Jadi, meh aku cerita itinerary aku di Mulu.
Day 1
First time naik MASwings, sungguh teruja rasa di hati uols. Dah la kurang dari 10 orang je penumpang. Senang la keje waiter kat atas tu. Diorang serve air Milo dengan roti untuk kitorang. Aku tapau buat bekalan, takut lapar di Mulu sebab Mulu semua mahal-mahal, tak perlu GST pun dah mahal sebab mungkin makanan pun sampai situ guna flight,,, kot?
Flight dalam 15 minit je dari Miri ke Mulu, tiba-tiba dah sampai. Tak sempat nak guna lavatory pun. Sampai di airport, semua passengers (yang tak sampai 10 orang ni) tunggu luggage, lepas tu keluar airport memang dah ada orang jemput, cuma kena bayar RM5 la untuk ke tempat yang kita nak pergi (walaupun 2 minit je perjalanan ke homestay dari airport) *menangis.
MASwings. *mat saleh tu memang saje kan nak masuk gambar aku
Kecik kan airport dia?
Tuntutan bagasi
Van yang angkut kitorang pegi homestay masing-masing
So kitorang pun dibawa lah ke homestay masing-masing dengan *airport transfer* kena RM5. Aku menginap di D'Cave Homestay. Owner dia Mr. Robert, bekas staf Mulu National Park, sekarang buat homestay sendiri. Time aku nak check-in tu dia takde. Staf dia yang dari Indonesia yang ada. Diorang tak reti cakap omputih, so aku pulak yang jadi macam receptionist kat situ tolong mat saleh yang naik flight sekali dengan aku nak check-in. Ada la couple dari France yang aku selalu gerak sekali pergi National Park, diorang pun menginap dekat situ jugak.
Yay, dah sampai. Cepat-cepat...
Hah, ni dia homestay aku. Kau mampu?
Ni la hostel dia. Ada 4 bilik, 3 bilik kat sini, 1 lagi kat area ruang tamu
Katil aku yang hujung belah kiri. Hik3 malu...
Pakaian di jemuran
Bilik air. Glamz tak noks?
Haa, tu lah dia homestay aku. Exclusive kan untuk orang-orang kaya macam aku? Rate satu malam RM25 je, including breakfast yang dimasak oleh pembantu-pembantu Mr. Robert dari Indonesia tu. Tapi sedap!
Jom kita usha Mulu National Park pulak..
Hai, selamat datang peminat ..
Lets masuk
Bangga tak jadi rakyat Malaysia uols? Unesco World Heritage Site okeh
Nice view garden. Hilang stress aku sekejap
Sampai di park kena register, kena bayar caj masuk park RM15 untuk 5 hari, regardless kau duduk 3 hari je pun. *sayu hatiku. Lepas tu mintak consult dengan staf kat situ untuk buat aktiviti di Mulu, and kena book dulu. Sebab satu sesi tour tu dalam 8 orang je diorang allow, and most ada sesi pagi dan petang. Oleh sebab aku dah sampai Mulu pagi and tak book apa-apa, so aku takde aktiviti pagi tu. Jalan sesorang je kat area dekat-dekat dengan park, kang nanti sesat siapalah tau aku hilang.
Aktiviti hari pertama aku start pukul 2.00 petang, aku pilih Deer & Langs Cave. Betapa tak cerdik nya aku mula-mula masa staf dia suruh aku amek tour cave ni, dalam hati aku, alahai takkan aku datang sini nak tengok deer je. Sedih la. Tapi kena follow je la sebab aku ada 3 hari je di Mulu.
Jam 2 petang mulalah pengembaraan kanak-kanak ke gua tersebut guided by Lucy, orang dari Mulu jugak. Aku bangga dengan Lucy ni sebab English accent dia dah macam omputih. Aku tanya dia belajar oversea ke. Dia kata dia tak habis sekolah pun, belajar sampai tingkatan 3 je. Like what?? *masuk muka dalam tong sampah. Malu doh, aku nak cakap english pun lintang pukang. And....dia boleh cakap Italy dengan Dutch juga. Kauuuu mampu? Jawab sekarang, kau mampu tak? Tak kan? Hahaha
Nampak tak gua tu? Situ lah kitorang nak pergi
Batman cakap dia baru bangun tido. Dah jangan kacau dia
Kau mampu aku dalam gua sekarang...
Uuuuuuu
Aku tak pernah ingat yang atas stalagmite or stalagtite
Uol sanggup bertapa kat sini?
Siapa tu yang disinari cahaya?
Hah, diorang kata Abraham Lincoln. Bila masa dia jadi batu?
Korang rasa cantik tak?
Dah nak keluar gua. Hai peminat sekalian...
Hah, dah habis round gua ni. Takde pulak deer kat situ. Aku tertipu dengan nama. Mencikk. Tapi gua tu memang cantik, kena tengok dengan kepala mata sendiri. Gambar yang aku tunjuk hodoh sebab kamera murah. *bantulah aku beli kamera canggih,,, please.
Ni je la aktiviti aku hari pertama. So aku balik homestay meniti titi gantung. Jarak dari D'Cave Homestay ke National Park dalam 500 meter.
Kembalilah ke jalan yang lurus :'(
Day 2
Hari ni bangun pagi-pagi, semangat bersiap nak pegi explore lagi satu cave. Aku dah book untuk Wind & Clearwater Cave pukul 9.15am. Tapi pagi tu tandas dah penuh, dengan aku sakit perut nak terberak. Homestay tu ada dua tandas. Satu yang ada paip air, satu lagi pakai tisu. Yang ada air tu ada orang, aku dah tak tahan, masuk la tandas yang pakai tisu tu je. Lega dapat melabur, mampus la kan pakai tisu je. Hik3. Jijik kan.
So dah mandi semua aku pun pergi la berjalan menuju park. Aku sampai awal, jadi aku masuk dulu ruang pameran pasal Mulu. Tengok video kat situ. Aku suka bilik tu sebab dia ada aircond. Lepas tu aku tertidur. Haha. Mujur diorang announce pakai microphone. Dah terjaga terus tunggu dekat area luar tu, tour guide bagi penerangan sikit, lepas tu kami pun bergerak dalam kumpulan seperti kanak-kanak mengikut cikgu dari belakang lols. Tour guide ni nama dia Gary, orang Kuching. Here's the cave, let me show you.
Oh, jap. Nak pergi cave ni kena naik perahu panjang. Ada bran? Tour hari ni aku sekali dengan couple French tu, so ada teman la, and kitorang naik perahu panjang pun together gitu.
Pelayar-pelayar yang sedang menunggu ketibaan kami
Panjang tak perahu ni? Mampu menangkis arus ombak?
Dah naik. Tu couple French, and depan sekali tu Gary
Hai abang sailor! Drive hati-hati okeh
Bye bye peminat sekalian
Jom menuju kejayaan...
Perkampungan orang Penan
Nak berlabuh dah. Tunggu turn
Rumah orang Penan
Jiran makcik sebelah
Rumah panjang dalam pembinaan oleh kerajaan
Habis lawat perkampungan orang penan, naik perahu balik menuju ke cave tu. Lets go awak-awak semua..
Nice, limestone
Arus sungai,, scary. Terhuyung hayang aku
Nak sampai dah
Jom berlabuh. Sediakan red carpet please...
Pintu gua
Stalagtite? Stalagmite?
Korang rasa ni tangan siapa? Dah jadi batu pun.. :(
Unta?
Yay, nak pergi clearwater..
Cantik kan clearwater? Very clear dik non
Aku duduk atas kayu tu je. Air dia dingin banget
Nak masuk gua balik..lalala
Air sungai dalam gua. Gue minum air ni
Ni lah dia corong yang menyalurkan angin ke dalam gua. Tu la ia dinamakan Wind Cave
Dah nampak pintu keluar. Lega!
Diorang ni tak habis lagi mandi. Kulit buaya kot?
Hah, tu je tour aku hari kedua ni. Tapi memang puas hati, gua tu memang cantik dan luas dan besar. Kena tengok dengan mata sendiri, sebab camera aku ni tipu, dia capture yang tak lawa je *padahal camera murah.
Balik homestay tengok tv, sembang dengan mamat Italy, England, minah French (yang lain, bukan yang couple tadi). Best doh sharing malam tu. Lepas tu tidur, rehat untuk last tour besok. Sodeh nak balik dah.
Day 3
Hari ketiga ni aku pilih Canopy Tour. Saje je la kan nak tengok hutan belantara khatulistiwa dari atas. Tour guide dia nama Peter. Layan gambar-gambar di bawah wahai peminat...
Tak silap aku ni pokok ipoh. Besar kan..
Titian lagi. Eh, awak dah insaf ke belum?
Sedang mengekori abang Peter di depan
Aku sampai dulu!
Sungai di bawah
Bukit di atas
Ku lihat hijau . . .
Canopy Walk ni akan ada pitstop dari satu pokok ke pokok yang lain. Hai pokok!
Tu bukan rumah siapa-siapa. Tu adalah pintu masuk starting point untuk Canopy Walk ni
Abang Peter. Hai!
Kembali ke pangkuan homestay
Hari berkabung sempena tragedi MH17. Al Fatihah
Briefing pasal UNESCO. Aku...tak baca lols
Abang Penan yang bertugas di Mulu National Park
Bye bye perahu panjang. Abang nak balik dah..
Selamat Tinggal Taman Negara Gunung Mulu
Jalan kaki ke airport. Kedekut RM5 haha
Satu lagi homestay yang dekat dengan airport
Menara DCA Mulu
Dah sampai airport
Pintu ketibaan
Promo sikit!! Harga ni lah aku dapat return pergi Mulu
Kaunter check-in
Kau mampu penimbang luggage macam ni dekat airport?
Souvenir shop
Kastam check point area
Jom! Let's flying with wings
Arrive Miri! Selamat Datang. Tapi dah nak balik Kuala Lumpur
Nasi lemak served on board Malaysia Airlines to Kuala Lumpur
As well as bread & scrambled egg with hot tea. Malaysian Hospitality
Budget
Flight: Kuala Lumpur - Miri - Mulu - Miri - Kuala Lumpur
RM 360.00
Accommodation: D'Cave Homestay
RM 50.00 (2 nights)
Mulu Tour: Park Fee: RM 15.00
Deer & Langs Cave: RM 25.00
Wind & Clearwater Caves: RM 55.00 (including long boat ride)
Canopy Walk: RM 40.00
F&B: RM 50,00
Others (souvenirs): RM 20.00
Total Expenses: RM 615.00
*Gunung Mulu National Park's personnel pernah cakap dekat aku kalau tak silap, fee setiap tour akan naik RM 5.00 every year. Aku pergi ni bulan Ogos 2014. So kalau dah mengidam ke Mulu, cepat-cepat lah pergi sana ye.